Thursday, August 09, 2007

Rakyat terus berpiket

Tuntutan warga swasta agar kerjaan menetapkan Gaji Minimum RM 900 + COLA RM 300 masih dianggap sepi oleh kerajaan. Pak Lah seperti lazimnya terus membisu dan tidak ambil tahu dengan apa yang rakyat inginkan. Sikap semulajadi Pak Lah ini menyebabkan rakyat telah berpiket di seluruh negara bagi melahirkan bantahan atas sikap melepas batuk ditangga kerajaan.
Tuntutan MTUC ini bukanlah satu tuntutan keterlaluan kerana kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan golongan pekerja swasta terutama golongan bukan exekutif menghadapi tekanan untuk terus bertarung untuk hidup. Di sini sempat saya paparkan beberapa pekerja yang sempat saya tanya ketika piket semalam di depan City square JB.
Kes Pertama
Nama dirahsiakan : Seorang wanita yang bekerja di Hotel termuka di Johor Bahru dan bertaraf 5 bintang tetapi hanya mendapat gaji RM 350. Menurut beliau gaji ini sememangnya tidak cukup memandangkan anak-anak sedang membesar dan sewa di kampung Melayu majidee sebanyak RM 500. Dia dan suami terpaksa mengikat perut bagi menjaga anak-anak.
Kes kedua
Seorang pekerja kilang wanita yang memberitahu bahawa suaminya hanya bekerja di restoran dan gaji beliau sebagai operator sebanyak RM 670 hanya cukup untuk sewa, susu anak dan air. Bil api telah tertunggak kerana kenaikan harga barang selepas pengumuman kerajaan menaikkan gaji kakitangan swasta.
Kes Ketiga
En Amil pekerja sebuah bank menyatakan bahawa NUBE telah lama menuntut kenaikan gaji kerana merasa mereka ditindas oleh pihak bank. Tuntutan NUBE bahawa mereka layak 30% kenaikan adalah munasabah kerana mereka dikerah bekerja adakalanya sehingga lebih 12 jam sehari.
Tuntutan MTUC ini sesuatu yang perlu difikirkan bersama dan saya yakin PAS boleh menjalinkan satu hubungan yang baik dengan menawarakan kerajaan alternatif yang lebih mesra rakyat dan kerajaan kebajikan untuk semua.