Saturday, August 04, 2007

Kursus komputer DPPK Pulai

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pulai telah menganjurkan kursus asas komputer yang akan berlangsung pada setiap hari isnin jam 9.30malam bertempat di Markas Pas Cawangan Taman Dahlia.
Majlis Perasmian telah diadakan pada 30 Julai 2007 oleh Ustaz Ibrahim Bin Masran,Timb Ketua Dewan Pemuda Pas Kaw Pulai. Tenaga pengajar bagi kursus komputer ialah Sdr Mohd Abd Ghafur dan yuran sebanyak RM 70 akan disumbangkan ke DPPK Pulai dan caw taman dahlia.
Sesiapa yang berminat boleh datang terus ke markas pada hari isnin dan mendaftar dengan Sdr Hir.