Friday, December 15, 2006

Kerajaan Membazir, rakyat menderita

Menteri Kerja Raya dengan rasa bangga mengumumkan bahawa konsesi tol di lembah klang akan dinaikkan sebanyak sehingga 60%. Lima konsesi tersebut ialah LDP, Shah alam, Cheras Kajang, Kl - Karak(Gombak), KL - Karak(Bentong) dan Koridor Guthrie. Dengan hanya menyatakan alasan kenaikan tol kerana "jika kerajaan tidak buat lebuhraya, maka tiada siapa yang boleh pergi ke tempat ini. Kenyataan ini adalah satu penghinaan kepada rakyat dan menunjukkan bahawa kerajaan BN yang acapkali melaungkan slogan pembangunan rupa-rupanya memerah rakyat agar projek pembangunan mereka dapat dilaksanakan. Maka terbuktilah bahawa tiada kehebatan kerajaan BN dalam melaksanakan pembangunan tanpa memeras keringat rakyat.
Kutipan Cukai Pendapatan merundum
Hasil kerajaan BN terus terancam pada tahun 2006 apabila laporan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri mengisytiharkan bahawa kutipan cukai tahun ini ialah RM 36 billion sedangkan anggaran kutipan cukai tahun 2006 adalah RM 60 billion. Ini memberikan tekanan dan ketakutan kepada kerajaan bagaimana untuk menampung kos perbelanjaan yang terpaksa di tanggung oleh kerajaan.
Pada tahun 2004 dan 2005, Lembaga Hasil dalam Negeri merupakan anak emas kerajaan apabila menyumbang sehingga 40% pendapatan tahunan bagi kerajaan. Pada tahun 2004, Belanjawan menganggarkan bahawa kutipan cukai tahun itu ialah RM 40 Billion dan pada akhir tahun kutipan cukai mencecah RM 48 billion. Kutipan ini mendapat lebihan 8 billion. Pada tahun 2005, anggaran kutipan cukai ialah RM 50 billion dan kutipan mencecah RM 56 billion. Apa yang mengejutkan ialah walaupun kutipan cukai ini melebihi anggaran yang ditetapkan, kerajaan tetap membentangkan laporan kewangan defisit.
Apa yang membimbangkan kita ialah dengan kutipan cukai 2006 yang jauh tersasar daripada anggaran, maka adakah kerajaan mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menjalankan tugas mereka pada tahun hadapan? Adakah kerajaan juga mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menjalankan WPI(Wilayah Pembangunan Iskandar)?
Pembaziran yang melampau
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Suliman ketika menjawab soalan di parlimen memaklumkan bahawa kerajaan membazirkan RM 11 billion untuk bailout projek dan syarikat bermasalah sahaja. Inilah sikap kerajaan yang sangat tidak bijak dapat mentadbir sehingga sanggup membuang duit sebanyak itu bagi menjaga kroni mereka. Namun sikap kerajaan ini sangat berbeza jika sesuatu perkara itu melibatkan masalah rakyat. Kerajaan terus melepaskan tangan dan menyerahkan kepada rakyat untuk membayar atau menanggung kos tersebut.
Bangunlah wahai rakyat Malaysia...
Fikirkanlah masa depan kita di bumi Malaysia..