Mutakhir ini pelbagai isu dan berita yang kita dengar yang bukan sahaja boleh menyebabkan kita rasa takut malah boleh membuatkan kita rasa tidak selamat lagi tinggal di Malaysia. Pelbagai isu berbangkit hari ini dan malangnya UMNO dan BN gagal menyelesaikan walau satu pun masalah yang menimpa rakyat pada hari ini.
Harga minyak
Dua minggu lalu, harga minyak dunia jatuh ke paras terendah sehingga mencecah USD 55 setong berbanding USD 100 setong pada tahun lalu. Harga minyak dunia ini jatuh berikutan lambakana pengeluaran minyak dunia di pasaran. Malangnya, penurunan harga minyak dunia ini tidak memberi sebarang kesan kepada negara Malaysia am dan kepada rakyat kebanyakan khususnya. Sikap ini jauh berbeza dengan sikap kerajaan pada awal tahun lalu apabila dengan bersahaja menaikkan harga minyak negara dengan alasan tidak mampu menanggung subsidi kepada rakyat (walaupun sebenarnya kita adalah negara pengeluar minyak). Pak lah terus membisu dan Menteri yang bertanggungjawab mencanangkan harga minyak tidak boleh diturunkan kerana kerajaan masih menampung subsidi(relevan kah jawapan ini?)
Analisis
Ketika harga minyak dunia naik dan kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak di pasaran dengan alasan subsidi yang tinggi, Petronas pula melaporkan bahawa mereka mendapat keuntungan RM 60 billion bagi suku tahun pertama tahun ini. Malah daripada laporan tersebut, Petronas mengisytiharkan bahawa hanya RM 20 billion digunakan mereka untuk kos operasi sedangkan selebihnya iaitu RM 40 billion di serahkan kepada kerajaan. Persoalannya dimanakah subsidi yang perlu ditanggung? RM 4 billion jumlah subsidi yang dilaporkan adalah 10% sahaja dari keuntungan petronas yang telah kerajaan nikmati. Adilkah kerajaan BN ini?
Pada hari ini harga minyak dunia naik RM 63 setong tetapi masih rendah jika dibandingkan dengan tahun lepas kerana simpanan minyak US merosot akibat cuaca sejuk disana. Berita ini dimaklumkan oleh media perdana dengan besar dan ada tanda-tanda yang haraga minyak munkin akan naik walaupun harga minyak dunia hanya naik RM 70 setong dengan alasansubsidi lagi. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana UMNO sedar bahawa "Melayu mudah Lupa".
Masalah murtad
Dalam satu wawancara dalam suratkhabar The sun, wartawan telah bertanya dengan Dato Harussani mengenai dakwaan beliau bahawa kes murtad telah menjagkaui 250,000 sedangkan mengikut rekod hanya ratusan sahaja bilangannya. Jawapan Dato Harussani sangat tetap apabila beliau menjawap bahawa murtad berlaku bukan sahaja kerana memohon kepada Jabtan Pendaftaran untuk menukar agama tetapi juga apabila seseorang itu mengatakan semua agama adalah sama, menghina agama,menganggap hukum agama adalah zalim dan sebagainya.
Apabila terbaca tentang pendapat bahawa semua agama adalah sama, saya teringgat tentang seorang menteri yang mengatakan bahawa tindakan umat islam mendakwa agama lain salah, dan tindakan mengatakan agama islam salah tidak boleh diterima kerana kita tidak tahu sebenarnya agama mana yang betul. Ucapan beliau ini tergolong dalam ulasan ringkas Dato Harussani diatas. Jadi, adakah beliau telah dikira murtad atau akidah nya telah rosak.