Wednesday, January 03, 2007

bantuan menjelang Aidil Adha

Suasana suram di kampung laut Skudai kerana ditimpa banjir sedikit terubat apabila DPPK Pulai sanggup menghulurkan bantuan makanan. Menurut penduduk kampung, tiada sebarang agensi yang hadir menghulurkan bantuan kecuali DPPK Pulai dan sebuah persatuan Buddha.
Penduduk kampung laut sangat malang kerana ditimpa banjir sebanyak 3 kali dalam tempoh seminggu. Banjir kedua yang menimpa mereka mencecah 18 kaki dan menenggelamkan seluruh kampung.( Gambar: Penulis menghulurkan bantuan kepada anak mangsa banjir)