![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiY_ygUPGRmEem9MhY-xAt1R4gZgPfhC6DssLp9fCGiVYwSVzCLVSvNf45T7GyccMKomWzi2GlmJZtZ_i1BDilwGXuB6FdBcgXG39z_NYjEb-NAqVfhyphenhyphenfoOziQNSngsCgEQtCyKSQ/s320/DSC_5788.jpg)
Skuad Pasti kawasan Pulai telah menyertai sukan Pasti peringkat negeri Johor yang berlangsung di Kawasan Parit Sulung. Pasti Kawasan Pulai telah menghantar pasukan bola sepak dan bola jaring pada kejohanan sukan tahunan Pasti peringkat negeri Johor.
Pasukan bola sepak telah memperbaiki pencapaian kali ini apabila berjaya melangkah ke suku akhir Kejohanan ini. Walaupun gagal untuk mewakili Johor tetapi pencapaian layak ke suku akhir adalah lebih baik jika dibandingkan pada tahun lalu apabila Pasti kawasan Pulai pulang awal.
Terima kasih juga diberikan kepada Sdr Hir selaku jurulatih pasukan dan juga semua guru-guru pasti kawasan pulai yang terlibat. Semoga guru-guru akan berkhidmat dengan lebih baik selepas ini dan jasa guru-guru akan dibalas oleh Allah swt.
Yang Benar
Pengerusi Pasti Kawasan Pulai