Friday, May 25, 2007

Pelik Bin Ajaib

Selepas hangat di Parlimen isu syiling parlimen bocor walaupun mampu bertahan 100 tahun (kata samy) dan di gemparkan dengan kompleks Mahkamah bernilai RM 270 juta digenangi air di kafeterianya dan tiga hari lalu bilik Setiausaha Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Datuk Abdul Malik Ishak runtuh. Pastinya kita pelik mengapa ini berlaku dan jika anda rasa ini tidak pelik. Kami ada satu lagi keruntuhan bumbung, kini di Parlimen Pulai dan DUN Kempas. Makmal komputer Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka pula runtuh walaupun belum siap sepenuhnya.


Sdr Za'aba (Ketua Pemuda Kaw Pulai) menunjukkan bumbung yang runtuh























Hebat kan pemerintahan islam hadhari nie. Saya tidak pasti apa pula yang runtuh selepas ini.. Harap-harap biarlah Barisan Nasional yang runtuh...