Tuesday, May 22, 2007

Tahniah kepada penjawat awam, cabaran kepada gerakan islam

Kenaikan gaji menjawat awam yang diumumkan oleh PM sangatlah memberi impak yang sangat besar kepada gerakan islam PAS. Ramai yang menghubungi saya (terutama penjawat awam) mengatakan peluang pembangkang agak sukar setelah Pak lah mengumumkan kenaikan gaji semalam. Malah apabila Ketua Pemuda Negeri Johor melahirkan perkara yang sama, memberi saya asas untuk menulis.
Kenaikan gaji penjawat awam sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, ia telah dituntut oleh Cuepacs terlalu lama malah kali terakhir gaji penjawat awam disemak adalah belasan tahun yang lalu. ( Jadi apa yang patut dibanggakan?) Kenaikan ini sememangnya satu gula-gula menjelang pru 12 yang dijangkakan pada tahun ini. Saya yakin bahawa penjawat awam dan pejuang islam juga mesti sedar bahawa dosa dan noda yang dilakukan oleh Pak Lah tidak mampu ditutup hanya dengan kenaikan gaji. Saya berharap bahawa penerangan kepada masyarakat dapat kita perluaskan tentang dosa dan noda Pak Lah ini bagi mengingat rakyat bahawa mereka akan terus terhimpit dibawah UMNO/BN walaupun kenaikan gaji sebanyak 200%.
1. Kenaikan harga minyak yang masih tidak diturunkan
Beban kenaikan harga minyak ini masih belum dapat ditampung oleh rakyat marhain terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Malah tindakan kerajaan tidak menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak dunia merundum jatuh menunjukkan bahawa kerajaan hari ini bukanlah kerajaan yang prihatin kepada rakyat.
Jika penjawat awam berbangga dengan kenaikan gaji bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di sektor swasta dan peniaga kecil di sekitar Johor bahru yang terhimpit dek pembinaan dan pembukaan pasaraya besar...
2. Penggabungan 3 syarikat perladangan terbesar
Synergy drive telah mengumumkan minggu lalu bahawa saham mereka akan diapungkan di bursa saham bagi membolehkan penggabungan 3 syarikat perladangan terbesar negara.
Persoalannya siapakah dibelakang synergy drive ini? bagaimana mereka boleh memperolehi dengan mudah hak pengabungan ini?
3. Kenaikan harga tol
Kenaikan tol yang diumumkan kerajaan melalui Menteri Kerja raya sememangnya sesuatu yang boleh kita anggap biadap apabila beliau telah bercakap seolah-olah beliau adalah wakil pemaju bukannya wakil kerajaan.
4. Kenaikan harga tepung
Baru beberapa hari sebelum ini...
5. Penubuhan jawatankuasa dikalangan menteri bagi WPI dengan singapura
banyak lagi kebajetan yang dilakukan dan boleh dilihat oleh masyarakat marhain...
Saya bimbang PRU 12 mungkin diadakan sebelum kenaikan gaji penjawat awam iaitu bulan Julai 07 dan selepas itu kita bersama-sama terpaksa menanggung kenaikan harga barang secara besar-besaran setelah BN menang besar pada PRU 12...(Ini pun tindakan mereka selepas PRU 11 yang lalu)
Kepada semua saya ingin berpesan.....
Naik gaji ambil... bagi duit ambil... bagi barang ambil...
Undi tetap undi PAS...
Kerana kami menjanjikan kerajaan yang lebih baik dan adil dari kerajaan pada hari ini...percayalah...