Tuesday, May 22, 2007

Hiburan terus menjadi senjata BN

Demam AF yang baru berlalu nampaknya bakal disambung dengan pelbagai lagi program hiburan berbentuk realiti yang bakal terus menghayutkan masyarakat ke arah pengabaian tentang kezaliman BN, melalaikan diri daripada Allah swt dan kelekaan dari terus bersaing merebut peluang pendidikan, kerjaya dan perniagaan. Masyarakat terutamanya anak melayu islam terus dihanyutkan oleh UMNO/BN tanpa menghiraukan akan masa depan dan senario poltik terkini....




Terbaru satu program realiti yang menghimpunkan artis terkenal bakal muncul di astro iaitu ikon. Saya sendiri tidak pasti bagaimana program ini tapi yang pasti penonton diminta mengundi siapa yang layak mewakili Malaysia ke peringkat ASEAN..




Malah pada hari sabtu yang lalu (19/5/07) saya telah menemani ibu mertua ke angsana dan agak mengejutkan kerana rancangan pencarian bakat yang agak lama menyepi, mengadakan sesi ujibakat di angsana. Rancangan yang saya maksudkan ialah Sinaran passport kegemilangan. Berdasarkan kepada mereka yang ramai disitu, saya yakin anak melayu islam adalah golongan yang memonopoli senarai peserta...




Saya tidak pasti adakah pemikiran masyarakat hari ini menganggap kerjaya sebagai artis satu kerjaya yang terlalu agung atau inilah saja cara mudah untuk mendapat wang dan menjadi glamour.




Mengejar dunia glamour yang tidak dapat mendekatkan diri kita kepada Allah akan mengundang bala dan ingatan Allah yang pastinya kita tidak lupa spt banjir besar yang lalu...




Disini saya ingin tunjukkan statistik dari Jabatan Kebajikan Kebajikan tentang masalah sosial di negeri johor.
Saya berharap agar kita sama-sama renungkan kembali peranan kita sebagai orang islam dalam memastikan umat islam terus berpegang pada jalannya. Seruan saya kembalilah kepada Parti yang meletakkan islam sebagai dasarnya, Al-qur'an, sunnah, ijma' dan qias sebagai pegangan dan bukan hanya meletakkan agama sebagai satu jabatan atau agama hanya berada di dalam exco agama sedangkan pada masa lain kita menolak agama...