Desas desus tentang pilihanraya umum bergema lagi.Walaupun Perdana Menteri terus menafikan bahawa pilihanraya ke 12 bakal berlangsung dalam masa terdekat namun petunjuk yang ada menguatkan lagi keyakinan kita.
Sebagai Parti Pembangkang, Parti Islam Semalaysia (PAS), Keadilan, DAP dan lain-lain memang mengahdapi masalah untuk mengetahui tarikh pilihanraya kerana semuanya bergantung kepada "ilham" PM. Tindakan ini sememangnya menyusahkan tetapi Pembangkang masih menghormati lunas demokrasi dan menerima seadanya demokrasi rimba Malaysia.
Tuntutan kepada SPR
PAS telah menghantar dan bersemuka dengan SPR agar PRU akan datang dijalankan dengan lebih bersih dan adil. Pelbagai cadangan telah kami sampaikan tetapi respon mereka nampaknya sama seperti dulu.
Kita ada mencadangkan agar sesiapa yang telah mengundi dicelup jari mereka tetapi ditolak oleh SPR kerana pelbagai alasan. Namun agak mengejutkan apabila dalam Pilihanraya Kampus UUM, siswa/i yang telah mengundi akan dicop tangan mereka bagi memastikan mereka ini telah pergi mengundi dan sesiapa yang tidak dicop tangan akan dikenakan surat tunujuk sebab oleh pentadbiran Universiti kerana tidak keluar mengundi. Persoalannya mengapa di Univeristi yang terkenal sebagai kubu kuat UMNO ini dibenarkan kaedah ini?
Kelantangan pembangkang untuk menjadikan PRU ini adil dan bersih bukanlah kerana kita mencari alasan akibat kekalahan demi kekalahan dalam PRU tetapi agar kita rasa berpuashati jika kita kalah kerana sememangnya rakyat tidak menerima kita bukan "hantu" yang tidak menerima kita. Dato Mustafa Ali contohnya, dalam PRU ke 11 di DUN yang ditandinginya terdapat 98% pengundi yang mengundi di situ! sedangkan di DUN sedili Johor hanya kurang 50% keluar mengundi. Dimanakah logiknya?
Diharap penggerak dan pejuang islam terutamanya di Parlimen Pulai terus mengembleng tenaga bagi memastikan kita tidak terus lena dibuai mimpi. Usaha kita yang bersungguh-sungguh akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah jika kita ikhlas dan istiqamah dalam memperjuangkan islam.