Friday, October 20, 2006

Derita Menjelang Syawal

Di dalam kita menghitung hari akhir di bulan ramadhan ini dan tatkala kita sibuk mempersiapkan diri dan keluarga untuk mneyambut syawal yang bakal menjelang masih ada lagi rakyat menderita angkara perbuatan zalim kerajaan.
Angkara mengejar kesenangan dan kekayaan, kerajaan sanggup merobohkan rumah masyarakat peneroka bandar semata-mata bagi memenuhi tuntutan pihak swasta untuk memajukan tapak rumah mereka. Apalah dosa si kecil ini sehingga tiada langsung belas dari kerajaan BN hingga sanggup merobohkan rumah mereka tanpa mengambil kira masalah dan tekanan hidup yang meruncing.
Kos hidup meningkat
Pendedahan akhbar berita harian bahawa terdapat lebih kurang 200,000 kakitangan awam yang tidak naik gaji hampir 10 tahun amat mengejutkan. Bagaimana pekerja-pekerja awam yang menjana dan mentadbir organisasi-organisasi kerajaan tidak dilayan sebagai seorang pekerja? Tidak ada langsung rasa simpati oleh kerajaan dalam memperjuangkan masalah ini, malah ahli parlimen BN terus senyap dan membisu tentang hal ini.
Di Johor Bahru, dengan gaji RM480(pembantu am rendah) sememangnya tidak mampu untuk terus hidup di daerah Johor Bahru. Rumah setinggan sahaja sewanya mencecah RM330 dan jika rumah flat pun sewanya ialah RM 480(di kawasan pulai), maka mana rasionalnya tangga gaji yang ditetapkan oleh kerajaan ini?
Di flat larkin, terdapat laporan bahawa ada keluarga yang terpaksa hidup bergelap selama 2 bulan kerana tidak mampu untuk membayar bil TNB. Malang sungguh nasib kita yang terus di hina dan diperbodohkan oleh kerajaan BN hari ini.
Harga Minyak Dunia Terus Jatuh
Awal tahun ini kita dikejutkan oleh kenaikan harga minyak sebanyak RM0.30 seliter, kononnya bagi menampung kenaikan harga minyak dunia. Hari ini kita dikejutkan lagi kerana harga minyak dunia jatuh dengan begitu rendah tetapi harga minyak kita terus kekal di harga sama. Apakah subsidi kerajaan tidak kurang-kurang untuk menampung harga minyak ini.
Tekanan angkara kenaikan harga minyak ini sudah acapkali kita dengar dan baca, namun kerajaan BN terus diam membisu dan membatu. Tatkala harga minyak dunia jatuh, kita dikejutkan pula dengan kenaikan harga ayam dan sayur. Apakah asas yang digunakan oleh Pak Menteri sehingga sanggup menaikkan harga barang keperluan ini tatkala syawal hampir menjelang.
Penutup
Semoga ramadhan ini dapa meningkatkan keimanan kita pada Allah dan syawal yang menjelang melahirkan kita sebagai seorang graduan islam yang komited melaksanakan agamanya.