Sunday, August 19, 2007

Tiada asas kukuh??

Pelik bunyinya apabila seorang yang beragama islam mengatakan tiada asas kukuh filem evan almighty untuk di tarik balik.

Laporan Harian Metro ( Sabtu-18/8/07)

KUALA LUMPUR: Lembaga Penapisan Filem (LPF), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, tetap dengan pendirian untuk mengekalkan penayangan filem Evan Almighty yang sudah memasuki pawagam mulai kelmarin, walaupun mendapat bantahan keras beberapa mufti dan ulama berikutan filem itu didakwa jelas menghina Nabi Nuh selain mempersendakan Tuhan yang digambarkan muncul dalam bentuk manusia.Pengerusinya, Datuk Mohd Hussain Shafie ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menafikan pandangan mufti, tetapi berpendapat filem berkenaan tidak boleh memberikan kemudaratan kepada umat Islam yang menontonnya.“Mungkin pandangan mufti betul (mengenai filem itu), tetapi saya tidak berhak mempertikaikannya kerana pada pandangan LPF, ia tidak boleh mempengaruhi atau memesongkan akidah umat Islam kerana kami percaya orang ramai boleh berfikiran waras.“Cerita yang disampaikan dalam filem itu hanya rekaan dan khayalan pembikin filem semata-mata. Ia seperti mimpi... hanya satu imaginasi dan dalam filem ini, walaupun Tuhan digambarkan dalam bentuk manusia, tetapi ia hanya imaginasi dalam filem,” katanya.
Komen: Islam tidak boleh diukur dengan akal fikiran. Jika kata-kata mufti pun disanggah maka apakah nilai islam di mata beliau. Semua perkara boleh dianggap khayalan dan imaginasi hanya kerana ingin menghalalkan apa yang dibuat. Selepas ini tidak peliklah jika ada yang mengaku tuhan atau nabi dengan alasan hanya imaginasi mereka.
Peliknya kerajaan islam hadhari merelakan tindakan ini, sedangkan apabila ada yang menghina lagu moon(diubah menjadi "negaraku") menteri melayu yang mengaku islam bersuara keras tetapi bila cerita yang sememangnya menceritakan tentang peristiwa nabi noh tapi dengan nada slapstik hanya berdiam diri.
Fikirkanlah wahai umat islam, bimbanglah kita jika kita disoal di akhirat kerana merelakan perbuatan maksiat terus bermaharajalela di depan mata.