Tuntutan gaji minimum yang telah dihantar oleh MTUC kepada kerajaan yang dipimpin oleh BN adalah satu tuntutan yang wajar memandang kos sara hidup dan perbelanjaan harian yang meningkat dari hari ke hari. Peningkatan harga minyak sebanyak 30 sen masih lagi belum dapat ditampung oleh kebanyakan pekerja dan apabila harga barang keperluan harian juga naik, pastinya ia bukan satu berita gembira yang wajar diraikan. Kenaikan bil TNB dan syarikat air juga pastinya memberi kesan mendalam kepada para pekerja terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Bandar Johor bahru jika dijadikan contoh amatlah minimum jumlah gaji tersebut dibandingkan dengan kos saraan yang perlu ditanggung. Kos sewa rumah dua bilik sahaja berjumlah RM 400 - RM 450 (taman dahlia & taman kemas) dan jika ada pun yang murah pastinya rumah setinggan seperti di kampung Sulaiman Menteri atau Kampung Hajah Hasnah iaitu RM 300-RM 350. Kos makan pula paling murah 3.50 itupun jika makanan bergoreng spt nasi goreng, mee goreng(untuk makan tengahari) nasi campur biasanya RM 4- RM6 sekali makan. Minuman pula RM1.00 paling murah (hatta sirap pun). Bayangkan jika kos tersebut iaitu RM 7 untuk sekali makan dan jika kita makan pagi kosnya RM 2.00(roti kosong sekeping + air) dan makan malam RM 5 (Makanan bergoreng + air) maka kos satu hari untuk makan ialah RM 14 dan sebulan 420. Itupun belum lagi kos sewa rumah jika berkongsi 4 orang maka seorang RM 100 - 150 (termasuk api dan air). Bagaimana pula kos pergi dan balik kerja. Kos minyak biasanya RM 5 sehari jika berkereta dan RM 2 untuk motor. Kos keseluruhan untuk sara hidup sahaja telah mencecah RM 630(itupun jika diambil kos paling minima) bagaimana pula duit untuk di sumbangkan kepada ibu dan bapa, perbelanjaan untuk anak-anak, yuran sekolah, yuran tuisyen, potongan EPF, bayaran balik PTPTN dan pelbagai lagi tuntutan menggila di negara Malaysia ini.
Gaji minimum RM 900 dan COLA RM 300 jelas bukanlah satu tuntutan melampaui yang sengaja dibuat oleh MTUC kerana iri hati kenaikan gaji kakitangan awam. Malah tuntutan ini sepatutnya telah lama diluluskan kerajaan yang memerintah.
Bagaimana?
Sebagai syarikat swasta dan pelabur, pasti mereka melihat keuntungan sebagai objektif utama yang perlu dicapai. Konsep penswastaan yang diketahui oleh semua orang ialah memaksimumkan keuntungan dan jika tuntutan MTUC ini dipatuhi, maka objektif ini akan terencat dan mungkin tidak akan tercapai oleh sektor swasta. Satu kaedah terbaik yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan ialah mewujudkan situasi menang-menang(win-win situation), iaitu keuntungan kepada pekerja dan juga sektor swasta.
Pertama, Insentif cukai kepada syarikat swasta bagi perlaksanaan gaji minimum dan COLA. Insentif ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini kerajaan juga telah mewujudkan insentif potongan dua kali kali( double deduction expense) kepada syarikat yang mengambil pekerja yang telah mendaftar di Jabatan Tenaga Rakyat. Malah syarikat yang mengambil pekerja kurang upaya juga mendapat manfaat yang sama. Jadi tidak ada sebab kenapa insentif ini tidak boleh diberi kepada sektor swasta.
Kedua, Insentif cukai berupa elaun seperti juga insentif Pioneer, Reinvestment allowance, agriculture allowance dan elaun-elaun yang lain. Ini akan memberi satu situasi yang tidak membebankan bagi syarikat.
Ketiga,Wujudkan geran-geran khas di bawah SMIDEC yang boleh dituntut oleh syarikat swasta terutamanya syarikat kecil bagi menampung kenaikan kos gaji dan upah. Geran -geran ini samalah seperti geran promosi, geran membeli jentera dan mesin dan lain-lain geran yang sememangnya telah wujud.
Keempat, beri subsidi kepada swasta agar boleh menampung kos gaji tadi untuk sama-sama dirasai oleh rakyat marhain.
Kerajaan perlu melihat perkara ini secara serius kerana disamping ketakutan kerajaan terhadap pelabur yang takut untuk melabur, bagaimana pula dengan motivasi pekerja yang tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi di bandar? Adakah kerajaan sedar bahawa terdapat pekerja swasta yang terpaksa bekerja sehingga tiga pekerjaan semata-mata untuk memastikan keperluan keluarga mencukupi? atau PM merasakan wajar bagi pekerja dan rakyat untuk bekerja lebih dari satu kerja?
Kenapa tuntutan ini perlu?
Jika dilihat daripada 4 cadangan tadi maka masalah ini pastinya boleh selesai dengan situasi yang disenangi oleh majikan dan pekerja tapi adakah kerajaan mampu untuk menanggungnya?
Jawapannya mampu, kerana
Pertama, bagaimana kerajaan mampu untuk membeli kapal terbang keempat untuk PM yang berharga RM 200 juta. Bagaimana untuk kepentingan rakyat tidak mampu?
Kedua, Petronas mampu menaja pasukan BMW Sauber, walaupun nama petronas sudah tiada pada pasukan bernilai jutaan ringgit setahun. Maka takkan untuk rakyat tidak mampu?
Ketiga, Bagaimana Dewan rakyat boleh diubahsuai dengan kos yang sangat tinggi walaupun bocor setelah siap tetapi untuk rakyat tidak boleh?
Keempat, Bagaimana Synergy Drive boleh membeli empat syarikat Perladangan terbesar di Malaysia dan untuk rakyat tidak boleh?
Kelima, Ananda Krishnan boleh membeli saham Maxis dan boleh menarik maxis dari Bursa Saham dan dilaporkan kerajaan akan mendapat untung dari penjualan itu tetapi untuk keuntungan rakyat tidak boleh?
Sebenarnya persoalan yang perlu dijawap oleh Pak Lah dan kerajaan adalah mahu atau tidak menetapkan gaji minima itu sahaja. Jika mahu, kerajaan boleh membuat pelbagai langkah bagi memastikan kedua-dua pihak untung. Andainya tidak mahu maka kerajaan boleh membuat pelbagai alasan agar perkara ini tidak berhasil.
Kepada rakyat yang berfikir, fikirkan yang PM sekarang berada di Rome, sebelum itu Bosnia bulan lalu di Australia dan pelbagai tempat lain lagi dengan alasan kunjungan rasmi tetapi untuk sedikit kepentingan rakyat tidak mampu untuk berkorban. Jadi jika anda masih lagi mengundi BN maka jelaslah anda semua masih mahu hidup di paras kemiskinan dan membiarkan mereka hidup di paras kemewahan.