Bahang petempuran diantara Fatah dan Hamas nampak semakin mengoncang kerjasama dan muafakat di kalangan umat islam di seluruh dunia. Tindakan terbaru Fatah membubarkan kerajaan perpaduan dan menubuhkan kerajaan berkecuali yang pro fatah.
Tindakan ini seperti biasa mendapat sokongan daripada Amerika dan Israel. Malah tindakan Amerika dan Israel menarik semula sekatan ekonomi terhadap Palestin pastinya satu amaran kepada gerakan dan parti politik islam lain di seluruh dunia. Tindakan ini jelas satu isyarat bahawa jika ada parti islam lain yang menang untuk memerintah negara, maka pastinya tekanan yang sama akan dikenakan kepada kerajaan tersebut dan golongan sekular yang kalah akan terus di papah agar dapat memerintah walau dengan apa cara sekalipun.
Tekanan di seluruh dunia terhadap dunia islam di tambah pula dengan islamfobia akan menyebabkan mereka yang berjuang untuk menegakkan islam dan kerajaan islam tersepit ditengah-tengah demokrasi dan demokrasi ala diktator pihak-pihak zionis. Jika kita sorot sejarah dunia sekalipun, terdapat banyak parti yang menggunakan tongkat sekular menafikan kemenangan yang telah diraih oleh parti islam. Nigeria, turki dan banyak lagi negara pernah menyaksikan kemenangan kepada parti islam tetapi akhirnya terbungkam angkara tangan-tangan ghaib yang menafikan kemenangan tersebut.
Lebih malang pula bagi kita di Malaysia apabila Pak Lah selaku pengerusi OIC juga telah melahirkan sokongan padunya atas tindakan Fatah menubuhkan kerajaan haram yang tidak mendapat sokongan rakyat. Signal ini jelas satu amaran kepada parti pembangkang terutama PAS bahawa jika mereka tewas dalam pilihanraya, maka tindakan seperti Fatah mungkin akan dilakukan.
Akhirnya, sikap tidak bertanggungjawab pihak sekular ini wajar kita ambil iktibar dengan sentiasa berhati-hati dengan mereka. Janganlah kita terpedaya dengan tawaran dan janji-janji manis mereka yang hanya muncul ketika Pilihanraya sahaja. Pilihan ditangan anda dan anda wajar mempertahankan pilihan tersebut. Pilih Parti Islam untuk keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.