Tuesday, January 15, 2008

Dimanakah Adik Sharlinie?


Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Saya menyeru agar kita sama-sama berdoa kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar adik Sharlinie berada dalam keadaan selamat dan akan dipertemukan bersama keluarganya.. Amin..
Bacalah surah Yaasin sebagai sarana tawassul kepada Allah agar segala kepayahan dan kesukaran untuk mencari dan menemui kembali Sharlinie dipermudahkan. Semoga Allah bersihkan juga masyarakat kita dari segala kejahatan dan jenayah para penjahat dan penjenayah.
Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sebahagian ahli ilmu menyatakan:-
أنَّ مِن خصائص هذه السورة أنها لا تُقرَأ عند أمر عسير إلا يسره الله
"Bahawa di antara khasiat surah ini (yakni surah Yaasin) tidaklah ianya dibaca ketika menghadapi sesuatu perkara atau urusan yang sulit atau payah, melainkan akan Allah permudahkannya."

Ambillah iktibar ini, segeralah kembali kepada kesyumulan syariat Islam..

Awalnya umum bajet 2009

"Pembentangan Bajet 2009 akan diadakan pada 29 Ogos ini iaitu dua bulan lebih awal berbanding amalan biasa pada Jumaat minggu terakhir bulan Oktober.Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tarikh baru itu dipilih kerana bulan puasa jatuh pada awal September.Kita tertanya-tanya kenapakah Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman begitu awal tentang tarikh bajet 2009. Ada beberapa andaian yang saya fikirkan kenapa tarikh ini diumumkan lebih awal.

Pertamanya mungkin Kerajaan sekarang seolah-olah ingin mengambarkan suasana ekonomi sekarang sangat selesa kepada rakyat. Keadaan ini adalah untuk menutup kelemahan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan.
Keduanya dijangka ada beberapa pengumuman berikutnya yang akan didedahkan lebih awal berkaitan isi bajet yang akan dibentang kelak. Inilah bentuk gula-gula yang akan menjadi umpan kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi PR ke 12 bila-bila masa dari sekarang.
Semua media akan digembeling semaksima mungkin untuk mengambarkan ekonomi yang serba baik dan bursa saham yang mencecah angka luar biasa. Tentunya dengan harapan sokongan rakyat kembali kepada BN.
Saya fikir rakyat telah kembali cerdik dalam sehari dua ini. Jika swing ini kekal dalam tempoh terdekat harapan BA untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam DUN atau Parlimen adalah sangat cerah. Inilah yang menjadi kebimbangan BN.
Luarbiasanya pencapaian ekonomi dalam keadaan luarbiasanya tekanan kenaikan harga barang yang melangit sesuatu yang tidak masuk akal. Sebab itulah segala kemungkinan dan cara dipergunakan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Itulah cara BN "Banyak Nombor....(saja).

http://idhamlim.blogspot.com"

Sunday, January 13, 2008

HIJRAH

Selamat Tahun Baru Hijrah

Monday, December 10, 2007

3 tragedi 9 Disember: Malaysia menuju sebuah Negara Polis

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PAS melihat beberapa insiden yang berlaku pada hari ini dengan penuh kebimbangan dan menegaskan bantahan sekeras-kerasnya terhadap apa yang berlaku itu.

Pertama: Tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan berikutan Perisitwa Hitam Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September, 2007 lalu.
Keenganan memberikan ikat jamin kepada kedua-dua ahli PAS ini sangat luar biasa sedangkan semua kes yang dituduh terhadap mereka dibenarkan ikat jamin. Menurut rekod kedua-dua mereka adalah mangsa yang ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis dalam kejadian tersebut.
Dalam kes ini juga PAS berdukacita atas keputusan Peguam Negara yang bertindak sendiri sebagai pendakwa dalam kes yang disebut di di peringkat Mahkamah Sesyen ini.
Kedua: Penangkapan terhadap lima orang peguam dan tiga aktivis yang sedang meraikan hari Hak Asasi Sedunia di Kuala Lumpur anjuran Majlis Peguam Malaysia pagi tadi. Turut ditahan adalah seorang ahli Majlis Peguam kerana menghalang pihak DBKL dari menurunkan sepanduk perayaan tersebut.
Tindakan pihak polis melakukan penangkapan dalam majlis aman dan memperingati "Hari Hak Asasi Sedunia" seumpama ini sudah pasti mencacatkan lagi rekod hak asasi negara yang telah sedia tempang dan tercemar.
Ketiga: Waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Naib Presiden PAS, Hj Muhammad Sabu di Ipoh, ketika beliau sedang membawa rombongan perkahwinan anak perempuan beliau di sana. Beliau ditahan kononnya kerana menyertai perhimpunan haram.
Berikutan tindakan-tindakan ini PAS menganggap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mula bergerak ke arah sebuah "Negara Polis" (Police State) dan tidak lagi menjunjung sistem demokrasi yang merupakan asas Perlembagaan Persekutuan kita.
Saya menyeru semua ahli-ahli PAS di seluruh negara khasnya diperingkat kawasan-kawasan agar menunaikan solat hajat dipimpin oleh para ulamak peringkat masing-masing, dengan memohon ke hadrat Allah SWT agar menghapuskan segala bentuk kezaliman ini dan menyelamatkan kita semua dan negara tercinta ini dari angkara buruk kerajaan Barisan Nasional yang jelas membelakangkan demokrasi dan hak asasi itu.

Thursday, December 06, 2007

UMNO ingin menguasai badan kehakiman


(The Sun 6 Dec 2007)
Satu demi satu mesyuarat mingguan kabinet berlalu, namun sehingga hari ini nampaknya Suruhanjaya Diraja yang dikatakan akan ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat video kontroversi melibatkan peguam VK Lingam terus senyap begitu sahaja. Mungkin kebingitan isu Hindraf telah berjaya menenggelamkan tuntutan Suruhanjaya Diraja itu atau mungkin juga kerajaan pimpinan Dollah sudah menjadi begitu gelabah sehingga sudah hilang punca dan tidak tahu apa yang patut diutamakan dan apa yang tidak.
Apa pun dalam diam-diam seorang tokoh Umno sedang belayar deras ke arah membolot kerusi kehakiman tertinggi negara. Menurut semua akhbar tempatan hari ini PM mengumumkan yang Yang Dipertuan Agong telah berkenan melantik Datuk Abdul Hamid Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara yang baru manakala Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi, akan memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan, iaitu jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman.Derasnya kapal layar Zaki (gambar), mengalahkan barangkali juara Monsoon Cup baru-baru ini, kerana dari seorang peguam biasa pada 5 September lalu beliau memecah tradisi badan kehakiman negara kerana tanpa menjawat jawatan hakim dilantik terus sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan melangkaui kepala hakim-hakim yang lebih kanan. Dan kini baru 3 bulan dijawatan itu meluncur pula untuk memegang jawatan kedua tertinggi.Kebetulan Ketua Hakim Negara yang baru yang sudah pun mencecah usia 65 tahun dijangka bersara tidak berapa lama lagi, maka sekali lagi Zaki akan memecah rekod melompat terus ke atas sebagai Ketua Hakim Negara dalam tempuh paling singkat dalam sejarah!Zaki adalah bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan bekas Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Umno. Yang menarik juga beliau pernah menjadi Pengarah Berjaya Leisure Berhad, iaitu syarikat dibawah sayap Berjaya Gorup yang berada di bawah naungan Tan Sri Vincent Tan, kawan baik kepada peguam VK Lingam!Syabaslah Dollah, rakyat menunggu Suruhanjaya Diraja, rupanya yang lebih penting untuk Dollah adalah memastikan yang institusi kehakiman kita terus dinoda dengan meletakkan orang partinya sebagai bakal nombor satu. Sudahlah SPR tercemar dengan aksi dan kebiadapan Rashid, sekarang badan kehakiman pula. Apa lagi selepas ini?

Sunday, December 02, 2007

Umno gunakan Hindraf raih sokongan Melayu

Semangat sunggug PM dan TPM menjawab isu Hindraf dan UMNO sekali lagi akan bermain politik bahawa merekalah pejuang sejati melayu dan islam kerana hanya mereka sahaja yang menyerang Hindraf...


Wednesday, November 21, 2007

Patut lah percuma

Agenda pembohongan UMNO dan BN jelas terus menular ke sekolah apabila berita Harian mendedahkan bahawa banyak fakta di dalam buku teks salah. Harus diingat bahawa buku teks akan diberi secara percuma kepada para pelajar tetapi tahukah anda bahawa guru-guru akan terpaksa menggunakan buku kerja tambahan kerana buku teks percuma Kementerian sangat nipis dan tiada isi yang relevan... Apa yang lebih menyedihkan apabila rakyat terus diperbodohkan oleh BN bahawa mereka sangat prihatin kepada rakyat... Berita Harian : 12 November 2007





(berita Harian: 12 Nov 2007)




Sunday, November 11, 2007

Memorandum kepada DYMM Yang di Pertuan Agung




1.BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.
2.Hanya menerusi pilihan raya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan.
Selagi mana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci 'semak dan imbang' dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.
3.Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihan raya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya.
Selepas pilihan raya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihan raya-pilihan raya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.
4.Proses pengendalian pilihan raya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita.
Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihan raya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera.
5.Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang, BERSIH yakin dan percaya bahawa kelapan-lapan aspek ini perlu dikaji dan diperbaharui secara keseluruhannya:
a.Sistem pilihan raya:
i.Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64 peratus boleh diterjemahlkan kepada 91 peratus kerusi bagi parti pemerintah.
Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas 'First-Past-The-Post' atau 'Yang-Pertama-Melepasi-Tiang' dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan 'agihan-timpang' dan 'curang' atau 'tipu-belit'.
ii.Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30 peratus perwakilan wanita di Parlimen terjamin.
iii.Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihan raya tempatan dengan sistem pilihan raya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.
b.Pentadbiran pilihan raya:
i.Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi
ii.Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan
c.Penamaan calon dan parti - bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan:
i.Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenagnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC);
ii.Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenang oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil;
iii.Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan.
iv.Wang deposit pilihan raya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat.
d.Kempen pilihan raya – Peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara berikut:
i.Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung;
ii.Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;
iii.Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah.
iv.Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.
e.Media;
i.Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional
ii.Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta.
iii.Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.
f.Kerajaan Sementara atau 'Caretaker'
i.Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
ii.Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihan raya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah.
iii.Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman
g.Daftar Pemilih:
i.Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan (i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan (ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh ‘pengundi hantu’.
ii.Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.
h.Undi:
i.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda.
ii.Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa.
6.Untuk jangka terdekat, BERSIH telah menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan empat pembaharuan yang diperlukan dan boleh dilaksanakan serta-merta:
a) Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan. (b)Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda. (c) pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara. (d) akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihan raya.
Malangnya, setakat ini, pihak SPR cuma bersetuju dengan satu permintaan iaitu penggunaan dakwat kekal.
7.Dalam menjalankan kempen kesedaran di seluruh negara, BERSIH telah berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan menembak orang awam dengan peluru hidup.Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.Bahkan, BERSIH dilontarkan tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan.Penyiasatan bebas juga tidak dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan.
8.Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan:
a.Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihan raya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihan raya.
b.Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan.
Ditandatangani oleh organisasi-organisasi berikut:
Parti Politik:
1.Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party) (KeADILan) 2.Democratic Action Party (DAP) 3.Parti Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Party) (PAS) 4.Parti Sosialis Malaysia (Malaysian Socialist Party) (PSM) 5.Sarawak Nation Party (SNAP)
Pertubuhan Bukan Kerajaan:
1.Save Ourselves (SOS Penang) 2.Tamil Foundation 3.Group of Concerned Citizens (GCC) 4.Citizens’ Health Initiative (CHI) 5.Aliran (reform movement for justice, freedom and solidarity) 6.Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI) 7.Jaringan Rakyat Tertindas (Oppressed People’s Network) (JERIT) 8.Pusat Janadaya (EMPOWER) 9.Community Action Network (CAN) 10.Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Malaysian National Society for Human Rights ) (HAKAM) 11.Malaysian Youth and Students Democratic Movement (DEMA) 12.Malaysian Trades Union Congress (MTUC) 13.Suara Rakyat Malaysia (Voice of the Malaysian People) (SUARAM) 14.Labour Resource Centre (LRC) 15.Pusat Komunikasi Masyarakat (Social Communications Centre) (KOMAS) 16.Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH) 17.Persatuan Ulama Malaysia (Malaysian Ulama Association)(PUM) 18.Women’s Development Collective (WDC) 19.ERA Consumer 20.Centre for Independent Journalism (CIJ) 21.Unit Pemikiran Politik, Institut Kajian Dasar (Political Thought Unit, Policy Research Institute) (UPP-IKD) 22.Malaysian Voters’ Union (MALVU) 23.All-Women’s Action Society (AWAM) 24.Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Students’ Coalition) (GAMIS) 25.Research for Social Advancement (REFSA) 26.Solidariti Mahasiswa Malaysia (Malaysian Students’ Solidarity) (SMM) 27.Gerakan Anti Korupsi (GERAK) 28.Citizen

Beruk London yang lupa asal usul

Bukankah berarak di Jalan raya itu beruk wahai KJ...
(Ucapan sang beruk yang disiarkan dalam Berita Harian, 7 November 2007)


Beliau mungkin terlupa yang beliau sendiri pernah menganjurkan demonstrasi di kedutaan Amerika dan menyerahkan memoradum kepada setiausaha Amerika. Tindakan beliau itu samalah seperti gelarannya kepada demonstrator jalanan petang tadi.Inilah akibatnya apabila terlalu rapat berkawan dengan monyet dan beruk sehingga terlupa keturunan sendiri.

(himpunan menentang Malayan Union)





(amin Iskandar telah menulis)






Ramai yang terlupa bahawa demonstrasi ialah budaya Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Malaya. Dato Onn Bin Jaafar, datuk kepada Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein (yang lebih terkenal dengan panggilan Hishamuddin Keris) adalah Pemimpin Demonstrasi menentang Malayan Union pada tahun 1946.
Kepada semua ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC dan juga semua parti komponen BN,
Jangan segan silu untuk bersama menyertai Perhimpunan Raksaksa 100 000 rakyat pada 10 November 2007. Anda semua layak untuk bersama dalam perhimpunan bersejarah ini. Tinggalkan pemimpin anda yang tidak berani dan bacul. Mereka sudah lari dari landasan perjuangan. Mereka lebih mementingkan kekayaan sendiri daripada menjaga kebajikan anda.
Ingatlah, harga minyak dan tol akan menyusul naik tidak lama lagi. Sampai bila nak terus miskin dan menderita?
Keputusan ditangan masing-masing. Mahu hidup hina dan miskin dinegeri sendiri dan mati tanpa berbuat apa-apa ataupun mahu dikenang dalam sejarah negara sebagai pejuang untuk mengembalikan kedaulatan rakyat?
Masyarakat dunia juga akan berhimpun untuk menyatakan sookongan kepada Gelombang Kuning. Setakat ini rakan-rakan aktivis dari India, Indonesia, Filipina, Mongolia, Thailand, England, Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah memberikan komitmen untuk berdemonstrasi dihadapan Kedutaan Malaysia di negara mereka pada tarikh yang sama.

HImpunan BERSIH - Gambar



































































Himpunan BERSIH - Penuhi kehendak rakyat




Himpunan bersih telah pun selesai dan berlangsung dengan aman dan sekiranya tiada provokasi polis maka keadaan pastinya lebih aman dan tiada tangkapan berlaku. Di sini saya sertakan beberapa gambar semasa himpunan bersih.










Sunday, November 04, 2007

Wahai anak remaja ku
















Kenapa hanya pegawai

Takkan tegas pada ikan bilis saje.... Jerung mana????
saya sangat berbesar hati apabila ramai pegawai yang dihadapkan ke mahkamah tapii... Mana Menteri yang terlibat...




















Wednesday, October 10, 2007

Bantuan kepada fakir miskin

Sempena syawal yang bakal menjelang ini, Dewan Pemuda Pas Kaw Pulai bersama dengan MTD Kempas telah menghulurkan bantuan berupa keperluan asas kepada anak yatim dan piatu.











Laporan Oleh Pengarah MTD Kempas









Semak Harga di tempat anda


7 oktober 2007



2 Oktober 2007







28 September 2007


22 september 2007


21 september 2007

Saturday, September 22, 2007

Himpunan Pemuda Pas Negeri Johor



Antara aktiviti lain yang telah dirancang adalah seperti Ihya' Ramadhan, Tazkirah Perdana, Iftar Jama'ie, Ceramah Perdana, Qiamulail, Gotong royong Sembelih dan melapah daging lembu, memberi bantuan fakir miskin dan lain-lain.
Sebarang sumbangan boleh diberikan melalui program aqiqah (nilai RM 300.00 satu bahagian), pembayaran fidyah puasa (nilai RM 1.20 secupak/ sehari), dan sumbangan pribadi dari pada tuan-tuan yang budiman..
Tuan-tuan boleh menghubungi sdr Aminuddin Ayub (0197770413) selaku Pengarah Program, sdr Faizul Salleh (013-6263800), Ust Azam Razak (019-7726659) dan Ust Ibrahim al-Banjari (019-7773248) untuk sebarang sumbangan.

Monday, September 10, 2007

Rasuah oh rasuah





Masalah rauah yang melanda kakitangan kerajaan disebabkan oleh BN sendiri terlibat secara serius dengan rasuah. Kenyataan bekas PM, Tun Mahathir jelas membuktikan bahawa UMNO/BN lah penyemai rasuah terhebat. BPR sila lah bongkar seperti mana membongkar ADUN PAS di kelantan.

Hebatnya UMNO perintah

Dalam suasana kita di negeri Johor digembar-gemburkan dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar tiba-tiba Ketua Audit negara mengumumkan Johor mempunyai hutang paling banyak. Inilah kehebatan negeri yang menjadi kubu kuat UMNO ini. Selamatkan lah negeri Johor dari petaka ini


Siapa yang zalim?



Akhbar cuba melaporkan bahawa penyokong pembangkang adalah punca dan ganas sehingga menyebabkan kecederaan kepada anggota polis. tapi artikel diatas jelas menunjukkan polis menembak dengan peluru hidup sehingga menyebabkan dua orang cedera parah.


Maka jelaslah laporan akhbar sebelum ini..