Khamis (4/1/07)
Hujan turun dari awal pagi tanpa henti sehingga ke malam.
Air sungai di kampung maju jaya mula naik dengan deras.
Tepat jam 6.00 petang, penduduk di kampung laut diarahkan berpindah ke dewan MPJBT kerana paras air sudah mencecah paras pinggang.
Jam 11.00 malam, Penduduk diarahkan berpindah dari Dewan MPJBT ke Dewan Sek Keb Phu Sze kerana alasan takut mengganggu urusan pejabat pada hari esok.
Jam 12.00 malam, Dewan Pemuda Pas Kawasan Pulai (DPPK Pulai) menghulurkan bantuan kepada para penduduk di Dewan Phu Sze, ada penduduk memaklumkan bahawa sesetengah penduduk tidak dapat pindah ke dewan kerana jarak yang jauh dan tiada kenderaan disediakan. mereka ini telah menumpang berteduh di Dewan Awam berdekatan kg laut.
Jam 1.00pg, DPPK Pulai pergi ke dewan awam tersebut.Keadaan sangat daif dengan tiada bekalan elektrik dan makanan diterima. Penduduk memaklumkan bahawa mereka berlapar dari pukul 6.00 ptg. Mereka juga terpaksa tidur diatas lantai beralaskan kertas kerana tiada tikar disediakan. DPPK Pulai telah menghulurkan makanan dan minuman kepada penduduk untuk mengalas perut.
Jumaat (5/1/07)
Hujan bertambah lebat, jumlah mereka yang ditempatkan di dewan semakin ramai dengan maklumat yang diterima iaitu, seramai 500 keluarga dan 1700 orang telah mendaftar di situ.
Kami masih memberi bantuan makanan di semua tempat terlibat sperti di kampung pasir, Dewan Phu Sze, dewan Awam,masjid.